JARANG
sekali golongan lelaki bersedia memikul tugas dan amanah sebagai jururawat. Kini, pandangan dan stigma orang ramai
terhadap golongan lelaki yang menjadikan kerjaya jururawat sebagai satu
profesion sudah semakin berubah apabila dilihat sebahagian daripada golongan
tersebut mula menjadikan pekerjaan itu sebagai kerjaya mereka. Walaupun mereka merupakan golongan 'minoriti'
yang berkhidmat dalam bahagian tersebut, tetapi hubungan dan bidang tugas yang
dilakukan adalah sama seperti jururawat wanita.
Disini
saya nak mengupas sedikit tentang apa baiknye ade jururawat lelaki nie walaupun
ade sesetengah pihak yang mempersoalkan kenapa mesti ade jururawat lelaki dan
tidak mahu menggunakan khidmat jururawat lelaki. Mereka berpendapat bahawa jururawat lelaki
nie ganas, kalau buat prosedur kat pesakit tak lemah lembut, kasar je. Dah tu, muke pulak tak hensem. Tak macam jururawat perempuan, lemah
lembut,sopan dan lebih penting lagi, mereka comel, cantikkkk.. katenye… Saya setuju dengan pendapat tu, kerana
perwatakan seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam memulihkan
pesakit yang berada di hospital.
Tapi, kewujudan
jururawat lelaki ni amat diperlukan terutamanya dalam menghadapi tugas-tugas
yang berat dan mencabar. Contohnye,
kalau dalam wad tu ade pesakit lelaki yang badannye boleh tahan besarnye, nak
kene pulak angkat naik turun katil, larat ke jururawat perempuan yang badan nye
kurus, kecik nie nak usong pesakit lelaki.
Haa,, bile dah ade jururawat lelaki, diorang ni la yang akan buat
tugas-tugas nie. Lelaki,mesti la kuat
kan. Saya ade juga berpendapat, ade
perempuan tak suka jumpa doktor lelaki, dan tak mustahil juga ade lelaki yang
tak berapa selesa di jaga oleh jururawat perempuan kan. Ade,tapi amat lah sikit bilangan nye.
Ade juga yang berpendapat
jururawat lelaki nie bagus berada dalam wad sebab senang nak layan pesakit
lelaki yang banyak songeh. Mane tak nye,
pesakit lelaki kalau dah dijaga oleh jururawat perempuan, lagi-lagi cantik
pulak jururawat tu. Haa, memang nak
panggil saje jururawat tue. Macam die
sorang je yang sakit, padahal jururawat tue ade lagi pesakit lain yang nak kene
jage. Bagi je jururawat lelaki jage, konfirm
pesakit tu senyap je, takde nak panggil-panggil jururawat untuk bende-bende
yang tak penting.
Begitulah serba sedikit pengisian yang ingin saya kongsikan di blog saya nie. Ape pun, kewujudan jururawat lelaki amat lah penting. Lelaki-lelaki yang kat luar sane tue, jangan nak ego sangat kate tugas jururawat nie tugas perempuan. Zaman sekarang, ape yang perempuan buat, lelaki pun boleh buat jugaklah. Tak perlu nak amik contoh yang susah-susah, tengok chef wan sudah. Lelaki jadi tukang masak kot. Kerja perempuan tue....... Peace Yo!!
ya, sy setuju dgn pendapat saudara.. mmg persepsi masyarakat thdap jururawat lelaki sgt negatif, dan ade d tmpat sy, katenyeee..... kalu jururawat lelaki mst lembut....x mcm lelaki... tp pda pndangan sy, mereka pom lelaki dan still buat kerja2 lelaki sperti yg saudara tulis... btw, good blog.. slmat maju jaya!!
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDalam usaha kita untuk mengaplikasikan Hospital Mesra Ibadah kita harus faham akan keperluan dan kepetingan jururawat lelaki. Kerana pesakit bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita malah pastinya golongan lelaki. Kan lebih baik setiap pesakit itu dijaga oleh gender yang sama. Saya amat bersetuju dengan entry ini di mana penulis cube mengetengahkan isu keperluan jururawat lelaki yang kelihatan hambar dalam masyrakat di Malaysia. Stigma masyrakat perlulah diubah dan kita harus lebih cakna dengan isu ini.
Selamat Bertugas sebagai Jururawat Lelaki =))
Tahniah kerana memilih bidang nie..
ReplyDeleteBkn senang nak jadi jururawat. Tanggapan masyarakat terhadap jururawat tidak pernah berubah. Ad diantaranya bangga dengan kerjaya ini, tetapi banyak yang memandang serong.
Bagi saya sangat perlu jururawat lelaki. Memang jika kita tengok dri sudut psikologi perlunya jururawat yang cantik tetapi jururawat lelaki amat diperlukan bagi menguruskan pesakit yang berbadan besar terutamanya lelaki..
Seharusnya kerajaan n jga institusi swasta menggalakkan pengambilan jururawat lelaki bagi membantu meringankan kerja di dlm wad. Tanggapan masyarakat terhadap jururawat hanya untuk wanita sahaja perlu di ubah. Bahkan sepatutnya menggalakkan anak muda untuk memilih kerjaya ini..
assalamulaikum...pada pendapat saya tiada masalah pun jika lelaki yg menceburi bidang jururawat..malahan dia bnyk memberi kebaikan..buka hati buka minda kenali jururawat lelaki. kepada masyarakat yang di luar sana yang masih lagi beranggapan buruk sila ubah mind set anda!
ReplyDeletesetuju ngn saudari ja... hihi :P
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya berpendapat, lelaki yang menceburi bidang ini memang patut dipuji kerana mereka tidak mengambil kira pandangan sesetengah masyarakat yang memandang serong lelaki memilih kerjaya sebagai jururawat.
Jururawat lelaki memang amat diperlukan pada masa kini, mereka memiliki tenaga yang kuat dan emosi yang stabil. Mereka juga dieprlukan untuk emlakukan prosedur yang perlu mendedahkan privasi pesakit lelaki. Secara tidak langsung kita dapat mengekalkan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sebaik yang mungkin
InsyaAllah masa depan kaum adam yang menceburi bidang ini amat cerah..
Siti Sara binti Kuseri (a138060)
assalamualaikum....
ReplyDeletegood job and nice entry....
well, mmg diakui SN lelaki sgt2 diperlukan .... especially kat ED, ortho, mybe PSY...yang mana sgt2 memerlukan SN lelaki dlm menangani kes2 yang berkaitan dengan pesakit lelaki.
dlm masa yang sama,, ikhtilat , aurat antara lelaki dan perempuan dapat dijaga sebaik mungkin (pesakit dan SN)
masyarakat harus berfikiran terbuka...apa2 kerjaya boleh diceburi oleh mana2 jantina selagi mana ia mengikut landasan yang betul... bi'idznillah...jzkk.
MASINAWATI MOHAMMAD ZAINI
A137844