Wednesday, 28 May 2014

INOVASI DARI BAHAN TERBUANG

Selamat datang ke blog inovasi dan teknologi. Ingin saya perkenalkan inilah 'TABUNG DOMO' yang saya hasilkan dari barang-barang terpakai. Ianya sangat senang, cepat dan mudah dibuat. Mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana ingin membuat tabung yang kreatif dan cantik macam ini kan?? Senang je kawan-kawan,  iaitu hanya menggunakan botol minuman terpakai, glitter, gam, kertas warna, gunting, reben dan juga plastik. Haaa... simple kan?? Apa yang penting dari hasil inovasi yang telah saya buat ini ialah dapat menabung duit-duit syiling kita yang lebih berbelanja dan ianya comel dan tahan lasak. Bagi anda yang ingin menjimat duit membeli tabung yang mahal dan kukuh, apa lagi bolehlah cuba sendiri membuat ‘TABUNG DOMO’ ini untuk dihadiahkan kepada adik ataupun untuk diri sendiri.




























Tabung DOMO ini boleh diletakkan di atas meja belajar, atas rak buku dan juga di dalam almari mengikuti kreativiti anda semua. Kreativiti tabung yang menyerupai patung DOMO ini boleh memberi semangat kepada kita semua untuk menabung demi masa hadapan. Jadi, selamat mencuba membuat TABUNG DOMO dan selamat menabung!

 Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!  




1 comment:

  1. assalamualaikum.... saudara sgt kreatif... good job! =D

    ReplyDelete